Monday 30 September 2019

Perisian Eletronik



Perisian Hamparan Kerja Eletronik
Disediakan oleh : Harun bin Yusof

Dalam menuju ke arah kemajuan zaman, teknologi semakin canggih dan semakin memudahkan manuia. Dalam konteks penggunaan komputer, pelajar tidak belajar mengenai komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama pembelajaran dalam menyelesaikan masalah bermakna dan autentik (Brown, Collins & Duguid, 1989). Komputer membolehkan pelajar menggunakan pangkalan data atau aplikasi untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah. Data dapat dimanipulasikan dengan mudah dan diuji daripada beberapa perspektif, membuat ramalan dan menguji ramalan. Penggunaan teknologi dalam kelas Matematik boleh berlaku secara penyampaian maklumat, latih tubi hinggalah kepada aplikasi dalam situasi yang sebenar dan penyelesaian masalah (Papert, 1992).

Kajian oleh Lederman & Niess (1999) membincangkan peranan komputer dalam membantu pelajar mempelajari Matematik dan Sains dalam situasi yang sebenar. Dalam hal ini, penggunaan teknologi yang lain serta kreativiti pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar. Selain itu, Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik atau data.

Antara kelebihan perisian ialah mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod menyusun. Ianya juga dapat membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan                         kejuruteraan berdasarkan formula.



Antara kelebihannya ialah membolehkan kita menyusun senarai nama secara menaik (A-Z) atau sebaliknya. Selain itu, kita boleh menyusun nombor dengan nilai dari tinggi ke rendah dan sebaliknya.

Untuk bahagian pertama, kita akan hendaklah  (sort) data A - Z. Sebagai contoh, kita mahu menyusun senarai nama mengikut urutan menaik iaitu nama yang bermula huruf A akan berada disenarai teratas dan diikuti abjad seterusnya.

Lihat gambar 1 dibawah.
Gambar 1
Jika lihat pada gambar di atas, kita dapati urutan nama adalah tidak mengikut susunan. Jadi, Microsoft Excel membolehkan kita akan menyusun urutan nama ini secara menaik.

Langkah 1:


Lihat pada gambar 2 dibawah. Pertama sekali, highlight cells seperti dalam kotak merah.
Gambar 2
Langkah 2:


Lihat gambar 3. Klik menu 'Home' seperti yang dibulatkan merah. Kemudian cari fungsi/ikon 'Sort & Filter' seperti yang ditunjukkan dalam kotak merah. Klik ikon 'Sort & Filter'.
Gambar 3
Langkah 3:
Lihat gambar 4. Pada drop down menu, pilih dengan mengklik menu 'Sort A to Z' seperti dalam kotak merah. Fungsi menu adalah untuk menyusun nama dari A kepada Z. Klik 'Sort Z to A' jika anda ingin menyusun data secara menurun iaitu dari Z ke A.
Gambar 4

Lihat gambar 5. Data (senarai nama) telah disusun dalam urutan menaik iaitu dari A kepada Z.
Gambar 5



PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Powerpoint  merupakan perisian persembahan elektronik yang memudahkan aktiviti pembentangan dilakukan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan persembahan elektronik yang diingini.
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video.
Idris, Nuny S. (1999) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Pembelajaran berbentuk PowerPoint dapat memberi peluang kepada murid belajar dan memahami konsep Sains mengikut keupayaan diri. Dengan persembahan yang menarik akan memudahkan lagi pelajar faham kerana paparan yang ditunjukkan menarik seperti gambar-gambar dan warna-warna yang menarik. Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan PowerPoint ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat serta seronok untuk murid. 


                    Hasil carian imej untuk microsoft powerpoint















Hasil carian imej untuk microsoft powerpoint

Contoh Paparan Powerpoint

         Secara kesimpulannya, dengan kemajuan dari segi elektronik telah memudahkan kita untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Powerpoint jelas menjimatkan masa serta memudahkan dalam melaksanakan sesuatu pembentangan. Diharapkan dengan perkembangan yang telah disediakan memberi manfaat terhadap semua serta diharapkan digunakan sebaik mungkin terutamanya bagi mengembangkan aktivti pembelajaran dengan lebih berkesan.








Rujukan

http://maribelajarexcel.blogspot.com/search/label/Beginner

Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning.
Educational Researcher, 18, 32-42.
Lederman, N., Niess, M. (1999). Is It Live Or Is It Memorex? ProQuest Education Journals.
99(7), 357-359.
Papert, S. (1992). The Children’s Machine: Rethinking School In The Age Of The Computer.
New York: Basic Books.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah:
Kaedah dan Strategi: Kajang: Masa Enterprise.
Idris, Nuny S. (1999). Ragam Media Dalam Pembelajaran BIPA. A Paper presented at
KIPBIPA III, Bandung.









APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER
Disediakan oleh : Izzat Amirul bin Salleh

PERISIAN UTILITI

Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama.

Contoh perisian utiliti :
1. Disk clean-up
2. Disk defragmenter
3. Perisian antivirus
4. Penjagaan cakera keras
5. Sistem sokongan (back-up)
6. Utiliti arkib (archive)
7. Utiliti pemampatan (compression)
8. Utiliti penyulitan (encryption)

CCLEANER
Pengenalan kepada CCLEANER.
1. CCleaner adalah aplikasi percuma yang boleh didapati dari laman web untuk   membersihkan sistem computer. Aplikasi ini membuat computer berjalan lebih lancar dengan membersihkan registry yang tidak dipakai atau rosak, fail sementara, menjimatkan ruangan cakera keras dengan memadam fail-fail sampah yang tidak dapat digunakan lagi. Sebelum mematikan komputer (turn off), pastikan computer anda dibersihkan dengan CCleaner terlebih dahulu.
Fungsi CCLEANER
-- Membersihkan internet browser (Internet Explorer, Firefox dan Chrome) dari fail yang tidak berguna, cache, web, cookies dan lain-lain.
·   -- Membersihkan Recycle Bin, Clipboard, dan bermacam jenis fail dan log-log yang tidak perlu dalam folder sistem Windows.
·         -- Membersihkan fail-fail temporary dan jangka masa pembukaan fail dari banyak aplikasi.
· --Memeriksa dan membersihkan registry Windows dari bermacam masalah seperti Uninstallers, File Extensions, Help File references, ActiveX Controls, ClassIDs, Shared DLLs, Fonts, Application Paths, Invalid Shortcuts.

v  CCleaner dapat membantu menghapuskan data-data yang tidak perlu untuk computer. Cara penggunaanya mudah ialah anda perlu memuat turun program.

Langkah Kerja
1. Buka aplikasi CCleaner. ( Start -> Programs -> CCleaner -> CCleaner ). 

2. Pada fail CCleaner, klik simbol ikon CCleaner klik pada Analyze.






 3. Setelah proses Analyze selesai, klik Run Cleaner.




4. Klik OK untuk menghapuska fail sampah dari cakera keras dan windows.

Disk Defragmenter
Pengenalan kepada Disk Defragmenter
-       Disk Defragmenter adalah salah satu program utiliti disediakan oleh Windows yang digunakan untuk menganalisis volume cakera keras, menyusun serta mengemaskini fail yang disimpan di dalam cakera keras.
Langkah Kerja
1. Masuk ke Start Menu dan klik pada ikon Disk Defragmenter untuk memulakan program.
2. Pilih sama ada local (C:) atau local (D:) bahagian storan peyimpanan pada cakera keras untuk menjalankan proses defrag (susun/kemaskini).
3. Klik butang Defrag untuk memulakan proses dan tunggu sehingga Defrag selesai.

PENGENALAN KEPADA  ANTIVIRUS KASPERSKY
-       Perisian antivirus digunakan untuk mencegah, mengesan, dan membuang virus.
-       Perisian antivirus Kaspersky dilengkapi dengan fungsi anti-spyware. Ini bermakna, ia dapat memberikan perlindungan penuh dari virus dan spyware dalam satu perisian.

FUNGSI  ANTIVIRUS KASPERSKY
-       Perisian antivirus berfungsi untuk melindungi komputer daripada serangan virus. Antivirus juga bertindak menyingkirkan sebarang serangan virus,virus atau program dan fail yang tidak diingini(meragukan).
-       Antivirus juga bertindak melindungi perisian yang ada didalam komputer.
Langkah Kerja
1. Masuk ke ikon antivirus.



2. Pilih kepada menu Scan.

3. Klik pada ruangan kotak ( arrow ) seperti yang dipaparkan diatas.
4. Dan pilih fail program yang akan diimbas. Selesai, klik butak OK.


5. Imbasan sedang dijalankan, tunggu sehingga proses selesai. Ini akan memakan sedikit masa.


6. Berikut adalah laporan hasil imbasan yang dijalankan seperti jumlah fail yang diiimbas masa ang diambil dan virus yang dikesan.



7. Pergi kepada pilihan delete bagi memadam virus tersebut.



KESIMPULAN


RUJUKAN


Sharif, A. (n.d.). Perisian Utiliti. Retrieved from https://angahsharif91.wordpress.com/perisian-utiliti/
Unknown. (2013, Mac 8). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian_utiliti
https://domino2007.wordpress.com/utility-jenis-perisian/
https://www.scribd.com/presentation/356429218/Perisian-Utiliti
https://cikgunabilazfar.blogspot.com/2016/09/bab-7-aplikasi-penggunaan-perisian.html